10 Lelaki Paling Kacak di Malaysia

on Tuesday, April 2, 2013

10 Lelaki Paling Kacak di Malaysia | Ada yang merasakan lelaki berpakaian santai tetapi lincah di dapur amat kacak dan seksi. Ada juga yang berpendapat kacak dengan akal fikiran serta kerjaya yang mantap memenuhi kriteria lelaki dambaan mereka.

Tidak kurang juga yang menegaskan kalau kacak dan hebat bersukan, lelaki itu dianggap paling hebat di mata mereka.

Berikut adalah senarai pendek 10 orang lelaki kacak pilihan 10 Blogger Terbaik Malaysia. Perlu diingatkan, kacak atau cantik, terpulang kepada mata yang memandang. Apa pula pandangan anda?

1) Datuk Sheikh Muszaphar Shukor

10 Lelaki Paling Kacak di Malaysia

Beliau ialah Angkasawan Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di angkasa lepas pada 25 September 2007. Sheikh Muszaphar juga seorang doktor bedah ortopedik.

Jejaka tampan berusia 39 tahun ini menghancurkan banyak hati wanita di Malaysia apabila berkahwin pada 2010 dan kini bergelar bapa kepada seorang anak perempuan.

2) Anuar Zain
10 Lelaki Paling Kacak di Malaysia - Anuar Zain

Anuar Zain atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain ialah antara penyanyi terhebat tanah air dan telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya.

Bekas pramugara berusia 42 tahun yang telah menerbitkan tiga buah album ini boleh digelar jejaka idaman Malaya. Statusnya yang masih bujang membuatkan ramai wanita terus memasang angan untuk menjadi pasangannya.

3) Datuk SM Faisal Nasimuddin

10 Lelaki Paling Kacak di Malaysia- Dato SM Faisal Nasimuddin

Walaupun bukan berada dalam industri seni yang bergemerlapan, Datuk SM Faisal Nasimuddin, 33, tetap menjadi tumpuan ramai atas kejayaannya dalam bidang perniagaan.

Keterampilan dan keperibadian Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza ini mencuri hati ramai.

4) Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail

10 Lelaki Paling Kacak di Malaysia

Kerabat Diraja Johor ini masih muda dan segak orangnya. Bakal menginjak 22 tahun pada 5 Julai ini, anakanda keempat Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris ini mencuri hati rakyat apabila memilih untuk menyarung seragam anggota polis sebagai kerjayanya.

Mempunyai kelulusan dalam bidang zoologi dari universiti luar negara menambah bonus kepadanya kerana menyerlahkan sikapnya yang mencintai haiwan.

5) Hans Isaac
10 Lelaki Paling Kacak di Malaysia

Gerald Hans Isaac atau lebih dikenali nama pentasnya, Hans Isaac ialah pelakon, penerbit, pengarah dan bekas model terkenal Malaysia yang masih bujang.

Jejaka berdarah kacukan India, Filipina, Sepanyol dan Serani berusia 42 tahun ini menawan hati wanita pelbagai bangsa kerana wajah kacukannya yang persis lelaki Melayu.

6) Henry Golding
10 Lelaki Paling Kacak di Malaysia

Berketurunan Inggeris dan Iban, jejaka tampan yang pernah bekerja sebagai pereka fesyen rambut di London ini pandai mencampurkan budaya Timur dan Barat dalam penyampaiannya sebagai pengacara rancangan televisyen.

Memulakan kerjayanya sebagai pengacara The 8TV Quickie, beliau kini menjadi rebutan pelbagai rancangan lain.

7) Keevan dan Logan Raj

10 Lelaki Paling Kacak di Malaysia

Adik-beradik kacak Keevan dan Logan Raj, merupakan bekas pemain hoki negara dan kelincahan mereka di padang hoki mencuri hati peminat sukan.

Mempunyai darah campuran India dan Baba Nyonya, wajah antara pemain hoki handalan dalam lipatan sejarah negara Keevan dan Logan ini seiras orang Melayu.

8) Muhamad Zaiful Zainal Abidin 
10 Lelaki Paling Kacak di Malaysia

Anak-anak murid yang mendapat didikannya pasti ada yang memendam rasa melihat wajah kacak guru pendidikan jasmani ini.

Jaguh 400 meter kebangsaan, Muhammad Zaiful Zainal Abidin yang berusia 29 tahun ini merupakan pemegang rekod kebangsaan acara 400 meter selama lebih 10 tahun sejak 2001 dan antara anggota kuartet 4×400 meter negara yang meraih emas di Sukan Sea Korat 2007.

9) Aidil Zafuan dan Zaquan Adha

Aidil Zafuan dan Zaquan Adha

Si kembar Mohd. Zaquan Adha dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, sentiasa menjadi tumpuan lensa baik kerana kehebatan mereka beraksi di padang mahupun kerana cerita peribadi mereka.

Kembar yang merupakan anak jati Negeri Sembilan ini masing-masing sudah berpunya, tetapi terus bertakhta di hati peminat walaupun pelbagai gosip hangat yang melanda mereka.

10) Sherson Lian
Sherson Lian

Gaya selamba Chef Sherson Lian mencampak-campakkan ramuan masakan ke dalam kuali sambil berceloteh memberi tips masakan bagi sesetengah wanita menjadikannya cukup menawan. Ia memberi markah bonus kepadanya di sebalik wajahnya yang sedia ada tampan.

Jejaka berdarah British dan Cina ini mengacarakan sebuah rancangan masakan dalam Bahasa Melayu iaitu 5 Rencah, 5 Rasa di TV3.


source
http://www.gilerkentang.com/10-pilihan-lelaki-terkacak-malaysia/


Tag : ,
 
© Lelaki Kacak | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByLelaki Kacak